fitri’s blog

Just another WordPress.com weblog

(~) Manfaat Terapi Warna March 30, 2007

Manfaat Terapi

Warna

 

 

 

Batu permata asli mempunyai kesan yang lebih di dalam kegunaan untuk terapi kesihatan jika dibandingkan dengan kristal buatan. Kristal buatan manusia hanya bergantung kepada terapi warna sahaja. Manakala batu permata asli mempunyai kesan dari segi getaran warna yang terhasil dari Shumann Resonance Frecuency. Pancaran ini hanya dimiliki oleh benda-benda hidup dan jisim kurniaan Tuhan termasuk batu permata semula jadi ini.

Tubuh manusia mempunyai 7 bahagian asas yang digunakan untuk merawat sesuatu penyakit. Ketujuh-tujuhnya diwakili oleh warna masing-masing dan warna-warna inilah mewakili warna batu permata yang akan digunakan untuk merawat sesuatu jenis penyakit. 7 bahagian ini dapat diterangkan dengan melihat kepada gambarajah berikut

 

 

 

7 Meridian Dalam Tubuh

7 meridian ini bermula dari bawah iaitu bermula dari anggota seks hingga ke atas kepala iaitu di ubun-ubun kepala.

Untuk kaedah rawatan anda perlu memakai gelang seperti biasa di tangan dan letakkan di bahagian bermasalah berpandu kepada carta penyakit yang dilampirkan. Gelang boleh diletakkan di atas Meridian 1 hingga 7 terus di atas kulit atau di bawah pakaian jika perlu. Serapan getaran warna adalah lebih berkesan jika bersentuhan dengan kulit.

 

I.MERIDIAN 1 : WARNA MERAH

Jenis Batu Permata/Kristal:
Batu Delima, Garnet Merah, Jasper Merah, Coral, Almandine, Nilam Merah, Spinal, Akik Merah dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna merah

Keterangan :
Warna darah dan hangat. Warna berkaitan kepantasan dan stamina. Kadar getaran terendah dan jarak gelombang cahaya terpanjang (Lembu tidak boleh melihat warna merah tetapi mampu merasai getaran warna merah)

Kegunaan Terapi:
a) Mengawal buah pinggang, pundi dan bahagian bawah badan
b) Merangsang jantung, paru-paru, meningkatkan tekanan darah
c) Membantu penyerapan zat besi dan oksigen
d) Membina sel darah merah dan meningkatkan stamina.
e) Warna merah bertindak sebagai perangsang seks
f) Bagus untuk kanak-kanak sekolah
g) Untuk mengurangkan arthritis, tangan dan kaki sejuk dan tekanan darah rendah

Elakkan Warna Merah:
Ketika letih, tertekan, selsema dan jika menghidap darah tinggi

Digunakan Untuk Merawat :
Kaki dan tangan sejuk (circulation problem)
Jantung
Badan lesu dan lemah/Kurang tenaga
Demam/Selsema
Batuk/Sakit tekak
Tenaga lelaki / Tenaga wanita

II.MERIDIAN 2 : WARNA ORANGE

Jenis Batu Permata/Kristal:
Kuartza Oren, Jasper Oren, Akik Oren, Amber Oren, Carnelian Oren dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna oren

Keterangan:

Warna untuk kesihatan, kegembiraan dan motivasi

Kegunaan Terapi:

a) Membantu merawat masalah berkaitan sistem pencernaan, paru-paru, pankreas dan limpa
b) Pembuka selera dan sebagai perangsang seks
c) Sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi
d) Membantu mengurangkan kahak, asma, kejang, osteoperosis dan kemurungan

Elakkan Warna Oren:
Elakkan warna ini jika tidak selesa, cirit-birit

Digunakan Untuk Merawat :
Kencing manis,
Jerawat,
Gout,
Gastrik,
Lemah minda dan lembab pemikiran,
Sakit sendi/arthritis/rheumatism,
Masalah hati/Hepatitis,
Batu Karang,
Sakit buah pinggang,
Barah

III.MERIDIAN 3 : WARNA KUNING

Jenis Batu Permata/Kristal:
Citrine, Kuartza Kuning, Manikam (Topaz) Kuning, Nilam Kuning, Akik Kuning, Amber Kuning dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna kuning

Keterangan:

Warna matahari dan warna asas kepada kehidupan. Tenaga yang baik dari matahari terdapat dalam batu permata asli. Warna kebijaksanaan dan dapat merehatkan minda. Dikenali sebagai ‘desicive yellow’ (kuning ketegasan)

Kegunaan Terapi:

a) Menguatkan sistem saraf, sistem ketahanan badan dan fikiran
b) Membantu mengurangkan gangguan sistem penghadaman dan alergi
c) Membantu badan membuang toksin melalui kulit contoh ekzema, jerawat. Gunakan warna ini untuk melawan bakteria
d) Membaiki masalah kencing manis dan kegemukan
e) Melegakan masalah kekurangan kalsium
f) Letakkan kristal berwarna kuning/oren berhampiran meja komputer untuk mengurangkan radiasi dan meningkatkan konsentrasi.

Elakkan Warna Kuning:
Elakkan warna ini ketika loya

Digunakan Untuk Merawat :
Sembelit/Angin dalam perut/Sakit perut,
Gastrik,
Masalah hati/Hepatitis,
Sakit Kepala (migraine)

IV.MERIDIAN 4 : WARNA HIJAU

Jenis Batu Permata/Kristal:
Jed, Aventurine, Zamrud, Malakit Hijau, Akik Hijau, Zirkon Hijau dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna hijau

Keterangan :

Warna semulajadi yang melambangkan keseimbangan kasih sayang, kesihatan, kecantikan, kegembiraan dan pemikiran yang tegas

Kegunaan Terapi:

a) Membantu melegakan badan dan minda ketika menghadapi tekanan
b) Menyeimbangkan emosi
c) Menstabilkan tekanan darah, kandungan asid dan alkali dalam badan
d) Membantu mengurangkan kulit berminyak, jerawat dan tekanan
e) Gunakannya jika ingin mendapatkan ilham
f) Digunakan untuk rawatan terkejut, tekanan, demam dan ketakcernaan

Digunakan Untuk Merawat :
Darah tinggi
Gastrik
Resdung
Sakit sendi/arthritis/rheumatism,
Masalah hati/Hepatitis,
Barah

V & VI.MERIDIAN 5 & 6 : WARNA BIRU

Jenis Batu Permata/Kristal:

Nilam Biru, Lapis Lazuli, Turquoise, Kuartza Biru, Akuamarin Biru, Blue Sandstone dan lain-lain batu permata asli dan kristal asli berwarna biru

Keterangan:

Warna kedamaian, tenang dan relaks. Ia dikenali sebagai ‘colour of distance’ dan dapat membantu menenangkan fikiran. Juga dikenali sebagai ‘communicative blue’.

Kegunaan Terapi:

a)Meningkatkan kreativiti dan kebijaksanaan.
b)Memudahkan untuk mengingati ucapan
c)Membuang racun dalam badan
d)Digunakan untuk melegakan kesakitan, melecur yang teruk, degupan jantung yang tidak normal, bronkitis, asma yang teruk, demam, sakit kepala, sun burn, kegatalan kulit, susah untuk tidur, dan kanak-kanak yang terlalu aktif

Elakkan Warna Biru:
Warna ini tidak sesuai digunakan di ruang makan

Digunakan Untuk Merawat :
Darah tinggi,
Gout,
Resdung,
Jantung,
Sakit sendi/arthritis/rheumatism,
Sukar tidur (insomnia),
Masalah hati/Hepatitis,
Buasir (hemorrhoid)

VII.MERIDIAN 7 : WARNA UNGU

Jenis Batu Permata/Kristal:

Amethyst dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna ungu

Keterangan:

Gabungan warna merah dan biru. Merah (Yang) adalah panas dan biru (Yin) adalah sejuk. Ledua-dua warna ini menseimbangkan tenaga. Warna ungu mempunyai getaran yang cepat dan dikenali sebagai warna yang menyembuhkan penyakit.

Kegunaan Terapi:

a) Berhubung dengan sistem saraf, kulit dan rambut
b) Merehatkan badan dan minda
c) Anti bakteria – baik untuk merawat jerawat dan ekzema

Elakkan Warna Ungu:
Elakkan warna ini jika terlalu sensitif

Digunakan Untuk Merawat :
Gout
Sukar tidur (insomnia)
Barah
Jerawat
Ekzema

WARNA YANG MEMBANTU PROSES PENYEMBUHAN SECARA MENYELURUH

WARNA PUTIH

Jenis Batu Permata atau Kristal:

Berlian, Zirkon, Batu Kuartza, Batu Kristal dan batu permata asli dan kristal asli lain yang berwarna putih

Keterangan:

Warna putih adalah warna asas dan merangkumi spektrum yang penuh untuk semua warna dan getarannya. Cahaya putih adalah cahaya dari matahari dan mempunyai tahap tenaga tertinggi. Dalam terapi getaran warna, warna putih digunakan dalam semua situasi untuk membantu proses penyembuhan penyakit

Kegunaan Terapi:

a) Warna putih adalah warna utama dalam getaran untuk badan dan minda
b) Boleh digunakan bersama warna lain sebagai penggalak penyembuhan.
c) Juga boleh digunakan jika spectrum warna lain tidak memberikan apa-apa kesan

Digunakan Untuk Merawat :

Berguna untuk menguatkan semua organ seperti:-
Pundi
Buah Pinggang
Gastrousus
Tulang
Kelenjar
Sistem Otot
Saraf
Sistem Imuniti

HEMATITE

Jenis Batu Permata/Kristal:
Hematite

Keterangan :
Hematite adalah batu asli yang boleh dijadikan sebagai magnet asli bila dicaj di bawah medan magnet

KegunaanTerapi:
Boleh digunakan untuk meningkatkan sistem imuniti manusia serta membersihkan darah. Ini disebabkan sel darah merah boleh dijajarkan dengan medan magnet untuk menjadi lebih efisyen menyahkan bakteria dan virus

Digunakan Untuk Merawat :
Sakit sendi
Mengurangkan berat badan
Merangsang kesihatan secara am
Meningkatkan tahap ingatan dan pemikiran

BATU PERMATA DAN

KRISTAL 7 WARNA

Bagi mereka yang mempunyai gabungan pelbagai jenis penyakit atau penyakit yang memerlukan rawatan kesemua kategori warna, perlu menggunakan gabungan ketujuh-tujuh jenis warna berikut dan letakkan di setiap meridien selama 20 minit setiap meridian.

Untuk merawat :
Asma
Awet muda
Wanita selepas bersalin
unyai getaran?

Berdasarkan kajian saintifik mendapati getaran warna (colour vibration) boleh membantu dalam kesihatan tubuh manusia. Dari segi saintifik semua hidupan dan jisim di dunia ini mempunyai medan elektro-magnetic (electro-magnetic field). Semua hidupan di dunia ini wujud dalam lingkungan elektro-magnetik yang dikenali sebagai Schumann Resonance Frecuency. Kajian menunjukkan bahawa getaran elektro-magnetik hidupan-hidupan Schumann Resonance Frecuency adalah 7.83 hertz . Getaran ini hanya boleh didapati dari batu permata asli kurniaan Tuhan dan bukan kaca buatan manusia. Getaran inilah yang membantu warna menyebarkan manfaatnya kepada kita.

Getaran cahaya adalah getaran tenaga dari beberapa wavelengths elektro-magnetik. Ia merangkumi spektrum 300 hingga 700 nano meter yang membantu meningkatkan kesihatan dan keseimbangan manusia. Badan kita boleh menyerap tenaga cahaya ini dari getaran tenaga batu permata atau kristal yang kita pakai. Kegunaan getaran cahaya dan warna boleh membantu dalam terapi beberapa jenis penyakit yang dialami oleh manusia.

Inginkan bukti???

Sebagai bukti, warna biru digunakan oleh para doktor untuk merawat bayi yang mengidap penyakit jaundice (demam kuning) yang mana mengikut kajian, warna biru adalah warna ketenangan, kedamaian dan relaks dan banyak membantu di dalam proses penyembuhan penyakit Jaundice (demam kuning).

Mengapa lembu bereaksi dengan warna merah? Berdasarkan kajian yang dijalankan, merah adalah warna darah yang mewakili kehangatan, kepantasan dan stamina. Kadar getarannya rendah namun memiliki jarak gelombang cahaya terpanjang. Oleh sebab itulah, walaupun lembu tidak boleh melihat warna merah namun ia dapat merasai getaran warna merah dan kalau nak tahu cubalah berpakaian serba merah dan berdirilah beberapa minit berhampiran dengan lembu nescaya lembu tersebut akan tergoda lalu dengan penuh berstamina mengejar anda. ;D ;D ;D

Tahukah anda bahawa anda sekarang sedang terdedah dengan radiasi? Radiasi tersebut datang dari komputer yang kita gunakan sehari-hari!!!! Dan tahukah anda bahawa batu permata dan kristal asli mampu menyerap radiasi yang wujud ini. Dengan kadar jarak getaran mencecah sejauh 300 hingga 700 nano meter anda mampu mengelakkan diri dari mengidap penyakit yang diakibatkan dari radiasi ini kerana medan elektro-magnetik batu permata dan kristal ini akan menjadi benteng anda, InsyaAllah.

Kaedah rawatan menggunakan Colour Vibration Therapy

Berdasarkan fakta yang jelas, secara amnya, melalui tradisi Cina, India dan Sufi Islam, manusia mempunyai 7 lokasi di dalam badan di mana tenaga dalaman mengalir dan bertemu. Lokasi ini bermula dari bawah hingga ke atas. Dalam tradisi Cina, terdapat banyak lagi meridian atau lokasi di muka, tangan, tapak kaki, telinga dan lain-lain tempat yang digunakan dalam rawatan akupuntur. Namun begitu, bagi memudahkan terapi menggunakan batu permata dan kristal ini, kita menumpukan kepada 7 lokasi penting sebagai asas 7 meridian untuk menyeimbangkan tenaga dan menyembuhkan penyakit secara terapi getaran warna batu permata dan kristal ini.

Jadi, dengan menggunakan batu permata asli dan kristal asli ini, kita bukan sahaja kelihatan cantik malahan kesihatan kita juga akan terpelihara. Sila rujuk panduan warna batu permata dan kristal asli mengikut penyakit bagi tujuan penyembuhan dan menyeimbangkan tenaga dalaman kita. Terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menggunakan beberapa jenis warna sama ada anda ingin menggabungkannya ataupun menggunakannya secara tunggal, ianya adalah mengikut citarasa anda.

 

 

One Response to “(~) Manfaat Terapi Warna”

  1. deitylestari Says:

    aduhh,, warna aj ribet bner c … huhuhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.